NASIB 11 bayi dan kanak-kanak Somalia bakal berubah apabila mereka dijadikan anak angkat kerajaan Malaysia dan dibawa pulang ke Kuala Lumpur oleh pasukan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia yang kini berada di negara itu sehingga Ahad depan.
Projek perintis dicadangkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menerajui Badan Amal dan Tenaga Kebajikan Isteri-isteri Menteri (BAKTI) itu sebagai tanda simpati rakyat Malaysia terhadap nasib rakyat Somalia yang menderita akibat kebuluran dan perang saudara.
Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya kini sedang berbincang dengan kerajaan Somalia dan berharap projek itu dapat direalisasikan.
“Kita kini masih pada peringkat perbincangan bagi mendapatkan persetujuan kerajaan Somalia dan jika mereka bersetuju, kita akan bawa pulang 11 bayi dan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga 11 tahun terlebih dulu.
“Untuk permulaan, kita akan cuba membawa pulang bayi dan kanak-kanak yang sudah menjadi yatim piatu, sihat dan bebas dari sebarang penyakit dan mereka ini akan dijadikan anak angkat di bawah projek Permata Negara,” katanya.
Terdahulu, pasukan misi bantuan diketuai Abdul Azeez menyampaikan bantuan makanan termasuk makanan ringan kepada 120 kanak-kanak dan 140 wanita bersama bayi mereka di Hospital Dar-ar Shifa yang turut dijadikan tempat perlindungan sementara.
Kebanyakan kanak-kanak yang berlindung di hospital itu adalah anak yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat peperangan dan kebuluran.
Ada di antara mereka terpisah daripada keluarga ketika perang dan kehidupan yang terlalu daif turut memaksa kanak-kanak itu merayau mencari makanan sendiri. bharian
Projek perintis dicadangkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menerajui Badan Amal dan Tenaga Kebajikan Isteri-isteri Menteri (BAKTI) itu sebagai tanda simpati rakyat Malaysia terhadap nasib rakyat Somalia yang menderita akibat kebuluran dan perang saudara.
“Untuk permulaan, kita akan cuba membawa pulang bayi dan kanak-kanak yang sudah menjadi yatim piatu, sihat dan bebas dari sebarang penyakit dan mereka ini akan dijadikan anak angkat di bawah projek Permata Negara,” katanya.
Terdahulu, pasukan misi bantuan diketuai Abdul Azeez menyampaikan bantuan makanan termasuk makanan ringan kepada 120 kanak-kanak dan 140 wanita bersama bayi mereka di Hospital Dar-ar Shifa yang turut dijadikan tempat perlindungan sementara.
Kebanyakan kanak-kanak yang berlindung di hospital itu adalah anak yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat peperangan dan kebuluran.
Ada di antara mereka terpisah daripada keluarga ketika perang dan kehidupan yang terlalu daif turut memaksa kanak-kanak itu merayau mencari makanan sendiri. bharian
No comments:
Post a Comment