Friday, September 2, 2011

Aziz dapat anak merdeka


PENGARAH terkenal, Aziz M Osman, 48, dan isteri, Puteri Salbainun Lokman, 22, cahaya mata mereka Puteri Nur Azzara yang lahir pada 11.17 malam 31 Ogos 2011 di mana Malaysia menyambut hari Kemerdekaan ke-54 di sini, hari ini. - Foto BERNAMA, bharian


KUALA LUMPUR: Bagi Faizul Harris Mohamad Kamal dan isteri, Norzainab Paee, kedua-duanya 38 tahun, sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 tahun ini memberi kebahagiaan berganda kepada mereka kerana dikurniakan sepasang kembar perempuan.
Norzainab menangis kegembiraan sebaik memangku Kayla Fara dan Kaysha Zara, anak pertama pasangan itu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, di Pusat Perubatan Tropicana di sini, semalam.

“Ia perayaan tiga kali ganda bagi keluarga saya, kerana kelahirannya pada Hari Merdeka menandakan berakhirnya penantian kami selama 11 tahun. Mereka anugerah kami, hadiah daripada Allah,” kata Faizul kepada Bernama dalam nada emosi.

Norzainab yang berasal dari Kuching berkata beliau tidak menghadapi masalah ketika mengandung, membolehkannya menyempurnakan ibadah puasa.

Kedua-dua bayi kembar itu yang seberat 2.35 kilogram (kg) dan 1.59kg, dilahirkan melalui kaedah persenyawaan in vitro (IVF). Pusat perubatan itu menyambut bayi Hari Merdeka pertama seorang bayi lelaki seberat 3.9kg pada jam 10.30 pagi, semalam. “Dia anak pertama kami dan akan menamakannya Nicholas Yeow Tze E,” kata Agnes Yap Voon Kean, 34, dengan bangga.

Yap, seorang usahawan dari Perlis berkata, dia dijangka melahirkan anak pada 28 Ogos tetapi tidak menyangka bayinya lahir tiga hari kemudian.



Turut berkongsi kegembiraan, pelakon dan pengarah Aziz M Osman, 48, dan isteri, Puteri Salbainun Lokman, 22, yang menyambut kelahiran Puteri Nur Azahra di Pusat Perubatan Pantai.

“Ini bayi sempena Merdeka dan raya yang mempunyai semangat 1Malaysia,” kata Aziz mengenai bayi perempuannya, seberat 3.74kg yang lahir pada jam 11.17 malam.- Bernama, hmetro

No comments:

Post a Comment