2011/09/14
BUENOS AIRES: Sebelas terbunuh manakala 212 lagi cedera apabila kereta api merempuh sebuah bas sebelum dilanggar satu lagi kereta api di stesen pinggir bandar barat daya Buenos Aires, semalam. Anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dari celah gerabak yang remuk untuk dibawa ke hospital berhampiran.
Nahas berlaku jam 7 pagi waktu tempatan apabila ribuan penumpang kereta api bergegas untuk ke tempat kerja di Daerah Flores.
"Sebuah kereta api yang memasuki stesen Flores merempuh sebuah bas di Laluan 92 dengan mengheretnya di sepanjang platform,” kata Gustavo Gago, jurucakap pengendali kereta api Buenos Aires.
“Pada masa yang sama, satu lagi kereta api memasuki stesen dan melanggar bas berkenaan," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment