MUMBAI - Filem bajet besar yang menampilkan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan bertajuk Ra.Onemenerima maklum balas bercampur-campur kelmarin.
Pujian diberi kepada kesan-kesan khas yang digunakannya, tetapi skripnya dikritik. Menjadi antara filem India paling mahal dengan perbelanjaan mencecah AS$20 juta (RM61.3 juta), Ra.One dilihat gagal memecahkan rekod hari pertama tayangan.
Laman web Boxofficeindia.com yang memantau kutipan filem di panggung menyatakan filem adiwira sains fiksyen versi Hindi itu berjaya mengutip sekitar AS$3 juta (RM9.20 juta) dalam tempoh 24 jam pertama selepas ditayangkan pada Rabu lalu.
"Ia mungkin menjadi filem kedua atau ketiga yang mencatat kutipan tertinggi. Namun, ia ketinggalan sebanyak 30 peratus berbanding rekod filem Bodyguard yang ditayangkan dua bulan lalu," katanya.
Khan dilihat berusaha keras mempromosikan filem tersebut selama beberapa bulan dengan menghadiri tayangan-tayangan perdana antarabangsa di Dubai, London dan Toronto.
Dalam filem tersebut, Khan memegang watak G.One yang menentang makhluk jahat bernama Ra.One untuk menyelamatkan manusia sejagat. - AFP
No comments:
Post a Comment