Tuesday, January 31, 2012

Myanmar minta bantuan kewangan Singapura


SINGAPURA 30 Jan. - Myanmar hari ini menandatangani perjanjian dengan Singapura berhubung bantuan kewangan pusat bagi membantu negara itu yang selama ini mundur dari segi politik dan ekonomi selepas beberapa dekad di bawah pemerintahan junta.

Presiden Thein Sein tiba semalam dalam lawatan selama empat hari diiringi beberapa delegasi termasuk pemimpin perniagaan dan menteri utama yang memegang portfolio ekonomi.

Thein Sein bertemu Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini dan kedua-dua pemimpin itu menjadi saksi perjanjian yang ditandatangani Menteri Luar masing-masing.

Dalam perjanjian tersebut, Singapura akan menyediakan latihan bagi memulihkan sektor undang-undang, perbankan, kewangan, perdagangan, pelancongan dan perancangan bandar.

Para penganalisis berkata, tindakan Barat yang mula melonggarkan sekatan dan kembali menjalankan perniagaan dengan negara itu dilihat sebagai perubahan yang baik buat Myanmar.

Di sebalik kemunduran negara yang diperintah setengah abad oleh junta itu dan juga ekonomi yang tidak ditadbir dengan betul, Myanmar sebenarnya kaya dengan sumber asli seperti emas, minyak, gas, kayu, batu jed dan permata serta mempunyai potensi besar kepada pelabur dengan kos yang rendah.

Negara itu juga juga mempunyai tarikan pelancongan melalui seni bina kolonial, kuil- kuil dan juga pantainya yang indah.

"Seandainya semua berjalan lancar, Myanmar kembali membangun dan bangkit akibat politik yang tidak menentu.

"Nampaknya rakyat Myanmar sangat terdesak untuk maju dalam masa yang singkat," kata pakar ekonomi serantau dari bank CIMB Malaysia, Song Seng Wun.

Menurutnya, selepas beberapa tahun dipinggirkan, kebolehan mereka dalam mengendali aliran masuk pelaburan dan menyediakan rangka kerja perlu dilakukan secepat mungkin.

Diplomat Asia Tenggara itu juga berkata, Myanmar perlu melatih akauntan, pegawai bank dan rakyatnya dengan kemahiran teknikal dan juga tadbir urus korporat. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment