Sunday, February 12, 2012

Proses dokumentasi Hamza Kashgari disambung esok



KERATAN muka depan Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Kolumnis akhbar dari Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari (gambar), 23, yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Khamis lalu masih lagi berada dalam tahanan polis.

Difahamkan, proses dokumentasi ke atas pemuda yang lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari itu akan dilakukan esok kerana pejabat kedutaan Arab Saudi ditutup ekoran cuti hujung minggu.

Pemuda tersebut kini ditempatkan di sebuah lokap polis di ibu negara sementara menunggu proses dokumentasi terhadapnya selesai sebelum dihantar pulang.

Hamza melarikan diri dari negaranya selepas mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul di laman perkongsian sosial Twitter.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment