Sunday, February 12, 2012

Suami koma dua bulan, isteri risau masa depan anak

Suami koma dua bulan, isteri risau masa depan anak
TAMPIN – “Saya tidak tahu punca kemalangan suami saya pada hari Krismas tahun lalu kerana sejak hari kejadian hingga sekarang, suami saya masih koma,” luah Emah Sulaiman, 35.

Ketika kejadian, lori dipandu suaminya, Zaidi Mohamad, 39, dipercayai terbabas ke pengadang jalan antara Jalan Gemas ke Rompin selepas terdapat satu pokok tumbang.

“Hingga ke hari ini saya tidak tahu sama ada suami saya terbabas disebabkan mahu mengelak pokok tumbang atau sebaliknya. Namun, kini saya sangat khuatir dengan masa depan lima anak saya berusia tiga hingga 13 tahun,” katanya.

Emah berkata, selepas kemalangan itu, suaminya ditempatkan selama 20 hari di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu sebelum dibenarkan keluar.

“Kemudian, selama hampir dua minggu, suami saya ditempatkan pula di Hospital Segamat dan akhirnya kami sepakat untuk membawanya pulang ke rumah setelah mendapat nasihat pakar perubatan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Felda Jelai 2, di sini.
-sinarharian

No comments:

Post a Comment