Friday, March 23, 2012

Mazlan Nordin meninggal dunia



KUALA LUMPUR – Tokoh wartawan yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Mazlan Nordin (gambar), 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 4.15 petang semalam.
Anak Allahyarham, Yuri Azhar, 39, berkata, bapanya dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam setelah terjatuh di bilik air di rumah kakaknya di Petaling Jaya.
“Bapa saya yang menghidap darah tinggi berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh,” katanya ketika dihubungi semalam.
Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu.
Mazlan memulakan tugas sebagai wartawan akhbar Utusan Melayu di Cecil Street, Singapura pada Jun 1950 dan pernah bertugas dengan beberapa institusi media seperti Voice of America, Berita Harian dan Bernama.
Pada Februari 1973 hingga 1982, beliau menyertai kembali Kumpulan Utusan sebagai Ketua Pengarang dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Urusan pada tahun 1983 hingga 1987.
Pada 1 April 2004, beliau dilantik sebagai Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan masih aktif menulis di akhbar Mingguan Malaysia melalui kolum Mazlan Nordin menulis.
Beliau dianugerahkan Tokoh Wartawan Negara pada tahun 2001 dan Tokoh Wartawan Terbilang UKM 2009.

No comments:

Post a Comment