Friday, March 23, 2012

Roslin mahu selesai kes luar mahkamah



KUALA LUMPUR – Bekas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim mengemukakan tawaran kepada bekas isteri pertama, Faizah Mohamad untuk menyelesaikan kes tuntutan ganti rugi perkahwinan yang berlarutan selama tiga tahun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Peguam syarie Roslizam Rahim selaku peguam Roslin dalam perbicaraan tertutup kes itu semalam berkata, plaintif telah mendapat ilham untuk menyelesaikan kes itu secara baik di luar mahkamah kerana tidak mahu merumitkan lagi keadaan.
Cadangan itu tidak dibantah oleh peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin yang mewakili Faizah, 34, namun defendan perlu meneliti terlebih dahulu terma penyelesaian sebelum menandatangani persetujuan.
Sehubungan itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan 2 April depan untuk merekodkan penyelesaian seperti yang dipersetujui bersama.
Pada 12 Ogos 2009, Roslin memfailkan permohonan bagi menuntut ganti rugi perkahwinan melebihi RM50,000 ke atas Faizah kerana tiada berlaku hubungan kelamin sepanjang 12 hari mereka menjadi suami isteri.

No comments:

Post a Comment