7 April 2012
LINGGI – Selepas hampir 50 tahun menunggu, akhirnya satu keluarga di Kampung Barisan dekat sini menerima bantuan kemudahan elektrik dan air.
Liong Man On, 67, berkata, dahulu kehidupannya sekeluarga selesa tetapi kini bertambah selesa dengan adanya kemudahan asas yang sudah sekian lama ditunggu.
Menurutnya, sebelum ini dia bergantung sepenuhnya dengan generator untuk menjana elektrik sementara untuk kegunaan air, mereka mengambilnya dari sebuah telaga di belakang rumah.
“Saya melakukan kerja bertani bagi menampung keluarga dan perlu membayar generator yang dibeli dengan harga RM3,000 secara ansurans,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.
Man On berkata, walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan, namun kesemua anaknya berjaya dalam pelajaran masing-masing.
“Saya berbangga dengan usaha gigih mereka yang kadang-kala terpaksa belajar dengan hanya menggunakan cahaya lilin pada waktu malam. Kini semuanya sudah tidak lagi dan kami gembira dengan kemudahan asas yang diberikan,” katanya.
Sementara menurut Ketua Kampung, Zainal Abidin Hashim berkata, bantuan seumpama ini turut disalurkan kepada tiga lagi rumah berhampiran membabitkan jumlah peruntukan mencecah RM400,000.
“Secara keseluruhannya semua penduduk di Kampung Barisan di bawah Dewan Undangan Negeri (Dun) Linggi sudah menerima dan menikmati kemajuan negara.
“Kejayaan meletakkan semua warga Kampung Barisan menerima kemudahan kerajaan adalah hasil usaha serta kerjasama ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta ini menjadi matlamat kami untuk memelihara keselesaan dan perpaduan kampung,” katanya.

No comments:
Post a Comment