Kosmo! Online - Dunia: "
YEREVAN, Armenia - Sejumlah belon meletup semasa kempen politik di dataran ibu kota Armenia di sini kelmarin dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 144 orang cedera, kata pihak berkuasa.
Kementerian Kecemasan memberitahu, 104 mangsa kini dirawat di beberapa buah hospital akibat melecur.
Menurut kenyataan kementerian berkenaan, letupan dipercayai berpunca daripada perbuatan seorang perokok menyalakan pemetik api berhampiran belon-belon tersebut.
Berpuluh-puluh belon itu yang berisi gas hidrogen, sepatutnya dilepaskan pada satu perhimpunan parti pemerintah, Parti Republikan yang dihadiri oleh puluhan ribu orang semalam. - Agensi"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment