BACHOK – Seorang ibu tunggal muda yang patah kaki akibat terjatuh ke dalam longkang ketika menjual buku pada program di stadium Terengganu 30 April lalu kini hilang punca pendapatan.
Zaidatul Norhan Borhan,26, berkata, akibat kejadian itu dia kini tidak dapat bekerja dan terpaksa menumpang di rumah bekas ibu mertuanya dekat sini sejak sebulan lalu.
Menurutnya, selepas keluar dari hospital di Kuala Terengganu, dia juga tidak mampu untuk melangsaikan hutang bil hospital tersebut. “Saya tidak tahu ke mana hendak mengadu lagi selepas kemalangan tersebut kerana saya sudah hilang punca pencarian. “Saya tidak tahu ke mana hendak membuat tuntutan atau meminta pampasan kerana kejadian itu berlaku ketika saya sedang bekerja. “Pekarangan stadium itu juga gelap dan penutup longkang juga tiada menyebabkan saya terjatuh,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, selepas lapan hari dimasukkan ke hospital, bil yang dikenakan ialah RM174. Kini beliau terpaksa menjalani pemeriksaan berkala di sebuah hospital di Kota Bharu.
Katanya, desakan hidup menyebabkan dia terpaksa meninggalkan anak sulungnya, Nur Fatihah Zalina Mohd Faizal,6, kepada bekas mentuanya, manakala anak bongsunya, Nur Husna Zulaika Abdullah,3, berada dalam jagaan Pertubuhan Anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah, Pahang.
Sejak berpisah dengan suaminya pada 2009, Zaidatul Norhan berhijrah ke Johor untuk bekerja dan pulang sekali sekala menjenguk anak sulungnya di bawah jagaan bekas mentuanya.
“Saya sendiri tiada saudara mara lain di sini. Ibu bapa saya berpisah sejak saya berusia tiga bulan dan sejak itu saya dibesarkan di rumah anak yatim. “Ibu saya kini tinggal di Pahang di bawah jagaan pihak berkenaan kerana dia sakit mental.
“Ayah saya pula sudah kahwin lain dan tidak mempedulikan saya dan ibu lagi. Sebab itulah saya terdesak untuk menumpang di rumah bekas mentua. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pun saya tidak dapat kerana tidak tahu bagaimana untuk memohon,” katanya.
Justeru, pihak berkenaan yang ingin membantu Zaidatul Norhan menyelesaikan masalah beliau boleh dihubunginya melalui 0111 9907503.

No comments:
Post a Comment