SHAH ALAM - Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Ismath, 22, yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur semalam, dijangka dibebaskan hari ini.
Difahamkan polis tidak memperoleh perintah tahanan reman ke atas Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) itu, pagi ini.
Seorang anggota keluarga yang dihubungi memberitahu bahawa pihaknya sedang menunggu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk menanti pembebasan Khalid.
"Khalid dibawa ke pusat tahanan berpusat di Jinjang dan polis ada memohon perintah tahanan reman, tetapi majistret tidak keluarkan perintah tahanan reman.
"Jadi, kami sedang menunggu dia dibebaskan di Dang Wangi," kata seorang anggota keluarga kepada Sinar Harian Online.
Pihak polis sedang dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan tiga individu termasuk Khalid, yang didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan Bersih 3.0.
"Tangkapan dilakukan selepas 42 keping lagi gambar individu yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini, diedarkan semalam.
"Kita juga sudah mengenal pasti beberapa suspek yang terlibat dan sedang menjejaki mereka. Kita harap orang awam dapat terus memberikan kerjasama dan segala maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan," katanya.

Difahamkan penahanan Khalid dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat ketika rusuhan serta memusnahkan harta benda awam.
No comments:
Post a Comment