Tuesday, May 15, 2012

Keluarga tunggu khabar gembira

myMetro | Keluarga tunggu khabar gembira: "KUALA LUMPUR: “Tiada kata yang dapat diucapkan kerana sudah setahun saya dan keluarga menunggu khabar gembira ini selain terharu dengan usaha yang dilakukan semua pihak yang sedaya upaya menyelamatkan anak saya,” itu luahan ibu Mohd Nazarrudin Saidin, rakyat Malaysia yang ditahan kumpulan penculik di selatan Filipina, Siti Hamdah Ahmad sejak setahun lalu.

Menurut Siti Hamdah, 60, yang dihubungi Harian Metro semalam, dia hanya diminta hadir bersama keluarga dan anak Mohd Nazarrudin ke pejabat Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di Jalan Kampung Attap di sini, hari ini, tetapi tidak dimaklumkan lebih lanjut mengenai perkembangan anaknya itu.


“Esok (hari ini) baru saya diberitahu alasan kami diminta ke pejabat berkenan dan mungkin benar Angah (Mohd Nazarrudin) sudah selamat serta berjaya dibawa pulang ke tanah air,” katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Mohd Nazaruddin yang ditahan kumpulan penculik hampir setahun lalu dipaksa menjaga kambing di sebuah kampung di Indanan, Pulau Jolo, selatan Filipina."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment