Tuesday, May 15, 2012

Pemuda maut selepas motosikal langgar treler

Pemuda maut selepas motosikal langgar treler - Pahang - Sinar Harian:
KUANTAN- Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km 28, Jalan Lipis-Merapoh di Kechau Tui, dekat Lipis petang semalam.

Dalam kejadian 3.15 petang itu, Badrullah Mat Star, 20, dari Kampung Kechau Tui disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang dalam perjalanan ke Merapoh terlanggar bahagian belakang sebuah kereta ketika cuba memotong, menyebabkannya terjatuh di laluan bertentangan.

Mangsa kemudian digilis oleh sebuah treler tanpa muatan dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- Bernama
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment