Tuesday, May 15, 2012

Polis ambil keterangan Ketua AMK Sik

Utusan Malaysia Online - Jenayah: "

BUKIT MERTAJAM 15 Mei - Polis hari ini mengambil keterangan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sik, Kedah, Ngah Habib Mahyudin, 30, susulan kenyataannya pada satu ceramah yang didakwa mempunyai unsur hasutan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Baharudin Mustapha berkata pemimpin politik itu didakwa menyebut “mahu membunuh semua anggota polis yang mengambil tindakan ke atas peserta pada perhimpunan Bersih 3.0 lepas" dalam satu ceramah di Bukit Mertajam, di sini minggu lepas.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 143 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, katanya kepada pemberita di sini.

Ngah Habib yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT pada pukul 1.45 petang bersama bapa dan beberapa rakannya sebelum meninggalkan IPD itu sejam kemudian. - BERNAMA"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment