Maksud Surah Al-Baqarah Ayat 31-33
"Dan dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana[35]. Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
Pengertian Surah Al-Israa' Ayat 70
Allah Swt telah memuliakan anak Adam dengan berbagai-bagai kurniaan di muka bumi ini untuk di manfaatkan oleh manusia. Maka kita seharusnya bersyukur terhadap apa yang telah dihamparkan buat sekelian makhluk khususnya kepada anak Adam.
Iman terdiri dan terbahagi kepada 2 Elemen: Sabar dan Syukur. Daripada keduanya ini menunjukkan bahawa syukur dan iman adalah 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan.
Syukur tidak akan wujud tanpa keimanan. Bagi melahirkan rasa syukur ianya mestilah dikuatkan dengan keimanan.
SYUKUR juga mempunyai tahap yang ianya terbahagi kepada
3 Perkara :
1)Mengetahui akan nikmat yang diterima, dengan mengetahui nikmat yang dikecapi akan membuahkan rasa syukur. Seperti kita mengetahui nikmat ruhani, jasmani, serta kemudahan-kemudahan yang diterima.
2)Melahirkan rasa kesyukuran dari hati kepada ALLAH dalam bentuk ketaatan seperti solat, zakat, puasa yang dilakukan kerana ALLAH SWT.
3)Melaksanakan syukur dengan perbuatan amalan yang ikhlas kerana ALLAH SWT.
KATEGORI SYUKUR Terbahagi Kepada 3 Pembahagian:
Pertama,
-Syukur hati iaitu menghadirkan ke dalam hati, rasa syukur dan mengakui nikmat hanya datang daripada ALLAH.
Kedua,
-Syukur lisan iaitu diucapkan dengan lisan, dengan menyebut sentiasa nikmat-nikmat yang dikurniakan, dan seterusnya yang
Ketiga,
-Syukur "al-arkan" iaitu hendaklah diterjemahkan ke dalam amal perbuatan dengan melaksanakanya sebaik-baik amalan. WALLAHU’ALAM
No comments:
Post a Comment