Wednesday, June 27, 2012

PEREMPUMAAN-PERUMPAMAAN YANG PERLU DIFIKIR SEDALAM-DALAMNYA:...

PEREMPUMAAN-PERUMPAMAAN YANG PERLU DIFIKIR SEDALAM-DALAMNYA:....
Berfirman Allah Ta'ala :
إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ
(Innamal musyrikuuna najasun). 
Artinya :"Sesungguhnya orang musyrik itu najis". 
(Dari Surah At Taubah Ayat 28).
Firman Allah Swt itu adalah memberitahukan kepada Akal Fikiran kita, bahawa Kesucian dan Kenajisan, tidaklah ditujukan kepada Anggota Zahir yang dapat dikenal dengan Pancaindera. 
Orang Musyrik itu kadang-kadang kainnya bersih, badannya dibasuh, tetapi dirinya najis. 
Maksudnya: Bathinnya Berlumuran dengan Kotoran.


Dari itu, Nabi Saw. Bersabda :
قال صلى الله عليه وسلم : لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب 
(Laa tadkhulul malaaikatu baitan fiihi kalbun). 
Artinya :"Tidak masuk malaikat ke rumah yang didalamnya ada anjing". 
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari AW Thaltiah Al-Anshari.)
Pengertiannya:
HATI itu adalah Rumah, iaitu Tempat Malaikat, tempat turun pembawaan dan tempat ketetapan dari Malaikat.
Sifat-sifat yang rendah itu seumpama Marah, Hawa Nafsu, Dengki, Busuk Hati, Takbur, Ujub dan sebagainya adalah seumpama anjing-anjing yang berkeliaran. 
Maka bagaimanakah malaikat itu akan masuk ke dalam HATI yang sudah penuh dengan anjing-anjing.
Fikirkan.....

No comments:

Post a Comment