Wednesday, June 27, 2012

Para Suami yang sering menyakiti hati isteri

Para Suami yang sering menyakiti hati isteri (isterinya) ditakrifkan sebagai telah menentang Sunnah (apa yang diajarkan oleh Nabi Saw) yang bersandarkan Al-Quran maka Hukumnya Berdosa.


Sepertimana Firman Allah Swt Melalui Surah An-Nisa Ayat 115 ini:
"Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang di- bawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikan- nya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali"

Firman Allah Swt melalui Surah An-Nisaa' Ayat 1 pula menyebut:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu"


 

No comments:

Post a Comment