Wednesday, June 27, 2012

"Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Allah jualah kita kembali."

RINGKASNYA
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون)
Adalah potongan dari Ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Daripada ayat penuhnya seperti berikut:
الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون
"(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

PENGERTIAN atau MAKSUDNYA
"Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Allah jualah kita kembali."
Umat Islam meyakini bahawasanya Allah adalah Esa yang memberikan dan Dia jugalah yang mengambil, Dia menguji umat manusia.
Oleh kerananya, umat Islam menyerahkan diri kepada Allah dan bersyukur kepada Allah atas segala apa yang mereka terima.
Dan diwaktu yang sama, mereka bersabar dan selalu melafaskan Ayat ini ketika menerima Ujian atau Musibah yang berkaitan dengan KETAUHIDAN dan KEIMANAN seseorang.
 

No comments:

Post a Comment