BALING - Seorang kanak-kanak dari Kampung Tualang, Mukim Pulai, di sini terpaksa menggunakan lutut bagi menggantikan kakinya untuk berjalan sejak lima tahun lalu.
Nurul Syafikah Mat Anuar, 12, berhadapan masalah itu setelah kedua-dua kakinya semakin mengecil dan membengkok.
Keadaan itu mengakibatkan kedua-dua lutut Nurul Shafikah lebam apabila lebih 80 peratus pergerakannya menggunakan bahagian itu.
Penderitaan anak bongsu daripada dua beradik itu semakin terasa apabila berat badannya semakin bertambah sehingga menjejaskan pergerakannya.
Ayahnya, Mat Anuar Mat Rejab, 45, berkata, kedua-dua kaki anaknya itu membengkok sejak lahir dan keadaan bertambah teruk ketika anaknya itu berusia 7 tahun.
“Pada mulanya, dia boleh berjalan seperti biasa.
Namun, pada usia 7 tahun, dia sering mengadu letih dan penat sekiranya berjalan menggunakan kaki.
“Sejak itulah, Nurul Shafikah lebih gemar berjalan menggunakan lutut berbanding kakinya,” katanya kepada Sinar Harian semasa lawatan dan penyampaian sumbangan hamper oleh Pengerusi Biro Kebajikan Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli kepada
keluarganya, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Titi Tedur, Rahim Ismail.
Dalam pada itu, Mat Anuar berkata, keadaan Nurul Shafika sering menjadi perhatian umum yang pelik dengan keadaannya itu.
“Dulu, Nurul Shafikah sering dipersendakan rakan- rakannya.
Tapi, saya hanya mampu suruhnya bersabar.
“Alhamdulillah, sekarang, Nurul Shafikah tidak lagi berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai,” katanya.
Mat Anuar yang hanya bekerja kampung itu turut berhadapan masalah kewangan bagi mendapatkan rawatan terbaik kepada anaknya itu.
“Saya difahamkan, kosrawatan kedua-dua kaki anak mencecah ribuan ringgit. Saya tidak mampu untuk mencari wang sebanyak itu.
“Untuk itu, Nurul Shafikah terpaksa menerima keadaannya walaupun terpaksa berlutut sepanjang hidup,” katanya.
Sementara itu, Noor Azman berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib Nurul Shafikah.
“Insya-ALLAH, kita akan panjangkan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan sewajarnya,” katanya.
Sesiapa yang ingin membantu Nurul Shafikah boleh menghubungi ayahnya di talian 013-4342027.

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment