Tuesday, July 24, 2012

Kita sering terdengar

Kita sering terdengar tentang kalam mereka yang tidak bertaqlid dengan mana2 mazhab (Imam Malik,Syafi'e,Hanafi,Ahmad) atas alasan pendapat2 imam2 mujtahid ini bertentangan dengan Hadis yang soheh.Hujjah mereka salah satunya dengan kalam imam Syafi'e..al-Imam Syafie menyebutkan :

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه و سلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه و سلم و دعوا قولي

Maksud...nya: Jika kamu semua (para ulama) mendapati di dalam kitab yang aku tulis menyalahi Sunnah baginda sallallahu alaihi wasallam maka keluarkan pendapat kamu semua dengan Sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam dan tinggalkan pendapatku.”

Wahai qaum muslimin..Apakah dengan kita mempelajari Hadis maka kita sudah tidak perlu menjadi seorang muqallid (org yg mengikut mana2 mazhab)??

Oleh itu renungkanlah siapa diri kita ini..Apakah kita ini lebih mahir ilmu hadis dari imam2 mujtahid??Sudah tentu tidak..oleh itu mari kita fahamkan apakah maksud sebenar kalam imam Assyafi'e yg diatas..

Al-Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan di dalam muqaddimah Majmu’ Syarah Muhazzab "Kata-kata Imam Syafie tersebut bukanlah bermaksud sesiapa sahaja yang menjumpai hadis sahih maka terus mengatakan bahawa ianya merupakan mazhab Imam Syafie itu sendiri.Malah beramal dengan zahir kalam itu semata-mata. Bahkan sebenarnya kalam al-Imam Syafie tersebut ditujukan kepada para ulama yang telah sampai kepada peringkat ijtihad di dalam mazhab (rujuk Muqaddimah Majmu’ ). Syarat untuk para yang beramal dengan kalam Imam ini ialah mesti tidak meletakkan sangkaan bahawa al-Imam Syafie radhiyallahuanhu tidak berjumpa dengan hadis ini atau tidak mengetahui bahawa hadis ini tidak Sahih. Syarat ini tidak akan dapat disempurnakan melainkan setelah mengkaji dan mentelaah keseluruhan kitab-kitab karangan al-Imam Syafie , kitab-kitab para ulama Syafieyah yang lain dan yang seumpama dengannya. Inilah merupakan syarat yang agak sukar untuk dipenuhi. Hanya sedikit yang dapat menyempurnakan syarat ini.

Maksud kalam al-Imam Nawawi sangat jelas. Agak menghairankan kita, golongan yang mendakwa kalam al-Imam Syafie kadang-kadang bertentangan dengan hadis ini merupakan dakwaan yang ternyata menyimpang. Bahkan kitab-kitab al-Imam Syafie mereka tidak memahaminya dengan baik (maksudnya memerlukan penguasaan bahasa Arab yang tinggi kerana al-Imam Syafie radhiyallahu anhu merupakan seorang ahli Bahasa Arab yang hebat), apatah lagi membacanya. Ini sepatutnya yang disedari oleh mereka. Tetapi ego dan bodoh sombong yang menyebabkan mereka tidak mahu memahami pendapat ulama sebegini.

Kata Imam Nawawi lagi menukilkan kata-kata Imam Abu Amru Ibn Salah rahimahumallah:

“Kalam al-Imam Syafie tersebut bukanlah boleh diamalkan dengan zahir luarannya semata-mata,Bukanlah semua ulama yang Faqih (hebat dalam ilmu fiqhnya) beramal secara terus daripada hadis yang dirasakan hujah baginya.”

Oleh itu..Marilah kita renung sedalam2nya siapakah diri kita ini..Apakah kita sudah memahami Hadis soheh..???Apakah kita sudah mengkaji semua hadis2 Rasulullah dan rijal2 hadis??Apakah kita sudah mendalami ilmu ulumul hadis??Apakah kita ini sudah mahir ilmu bahasa 'arab (Nahu,Soraf,Balaghah,Mantiq dan sebagainya).??Apakah kita sudah menguasai ilmu Nasikh dan mansukh??dan banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari bg memahamkan makan hadis..

Apabila kita sudah mempelajari Hadis maka kita sudah boleh berijtihad sendiri??Jika kita pakar dalam ilmu hadis sekalipun maka kita tetap kena ruju' ulamak Fiqah..

Maka sedarlah kita siapakah diri kita ini...
 

No comments:

Post a Comment