Pada Hari ini 8 Julai 1099 bersamaan 16 Sya'ban 492 Tentera Salib berarak mengelilingi Jurusalem sambil diperhatikan oleh Tentera Islam di dalam penghujung Perang Salib Pertama (1096-1099). Perang Salib Pertama adalah penaklukan ketenteraan oleh Roman Katolik Eropah untuk mendapatkan kembali Jurusalem dari tangan Muslimin, yang akhirnya menyebabkan kejatuhan tanah Jurusalem ketangan Tentera Salib pada tahun 1099. Perang Salib Pertama dimulakan pada 27 November 1095 oleh Paus Urbanus II dengan tujuan utama memujuk Bizantium Kaisar Alexios I Komnenos, meminta agar tentera relawan dari Barat datang membantunya memerangi Empire Saljuk yang mempertahankan Kota Suci Jurusalem.
No comments:
Post a Comment