Jenderal Manaf Tlas, salah seorang pemimpin tertinggi Republik Syria yang juga seorang teman rapat masa kecil Basyar Asad, telah membelot dan melarikan diri ke Turki. Tlas adalah jeneral ke-16 yang telah membelot dari regim Basyar.
Pembelotan Tlas ini pula telah menyebabkan menyusul sejumlah pemimpin tertinggi yang lain dan juga tentera militer regim Basyar telah membelot ke Turki.
Ayah Tlas yang bernama Mustafa Tlas merupakan seorang kepala staf Angkatan Darat dan menjawat sebagai Menteri Pertahanan dari 1971 hingga 2004. Menurut laporan, kemungkinan kerana takut dikenakan tindakan, Mustafa dilaporkan telah bersembunyi di Paris, Perancis.
Dengan membelotnya Tlas, ia menunjukkan perpecahan semakin membarah di dalam pemerintahan ketenteraan regim Basyar.
No comments:
Post a Comment