Sunday, July 8, 2012

Mantan Ketua Mahkamah Jenayah Kaherah : Said Ahmad Rifaat


"Bakal Presiden yang naik nanti berkuasa meminda mahupun memansuhkan perlembagaan tambahan yang diumumkan oleh Majlis Tertinggi Tentera semalam.."

Perlembagaan Tambahan sebelum ini telah diumumkan SCAF beberapa ketika sebelum kempen Dr Mursi mengumumkan kemenangan calonnya.

Majlis Tertinggi Tentera telah meminda perlembagaan yang diberi nama perlembagaan tambahan yang antaranya menghadkan kuasa Presiden terhadap kuasa ketenteraan. 

Pindaan ini dilihat sebahagian rakyat Mesir sebagai satu "rampasan kuasa" bentuk baru. 

Majlis tertinggi tentera sebelum ini mengarahkan supaya Parlimen dibubarkan sejurus sahaja keputusan mahkamah tinggi bahawa parlimen yang ada ketika ini tidak sah.

p/s : Peperangan yang sedang berlaku adalah peperangan undang-undang antara rakyat yang diketuai Ikhwan Muslimin dan saki baki institusi yang dilantik pimpinannya di era Mubarak. 

Sumber : http://www.facebook.com/RNN.NEWS

No comments:

Post a Comment