Sunday, July 8, 2012

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan tarikh akhir pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan tarikh akhir pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 sekiranya tiada pilihan raya umum diadakan sebelum itu.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada tarikh tersebut kerana mandat rakyat kepada kerajaan masa kini untuk memerintah telah berakhir.

Noordin berkata, selepas tarikh tersebut, SPR akan segera memainkan peranan untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri juga menetapkan bahawa Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, kecuali dibubarkan lebih awal, adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum.

Mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

P/S : Hmmmmm..... tak faham la apa sebenarnya isu yang menteri ni cakap. Samaada menteri ni Vangang ataupun Umno BN memang ada plan C...jengjengjeng...

No comments:

Post a Comment