Sunday, July 8, 2012

Reman terhadap Uncle Seekers, teman wanita dilanjut tiga hari

Reman terhadap Uncle Seekers, teman wanita dilanjut tiga hari - Semasa - Sinar Harian:


Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4 hari
Uncle Seekers bersama Siti Nadhirah dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini


JOHOR BAHRU - Reman ke atas pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dan teman wanitanya dilanjutkan lagi tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penulisan di dalam blognya yang didakwa mengaibkan Sultan Johor.

Majistret Hafizah Johor Arif Johor membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan reman itu selepas tempoh reman terhadap Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan teman wanitanya, 26, yang bermula Khamis lepas berakhir hari ini.

Sebelum itu, mereka tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu menaiki van polis dengan keadaan tangan bergari kira-kira pukul 10 pagi dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira pukul 11.15 pagi.

Syed Abdullah dan wanita itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam, Rabu lepas, di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - Bernama


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment