(PERHATIAN) Pihak admin menerima laporan wujudnya banyak halaman-halaman baru atas pelbagai nama Islam atau "Revolusi" sedangkan hakikatnya bagi mengelirukan umat Islam. Kebanyakan halaman-halaman ini dipercayai diwujudkan oleh golongan Syiah di Malaysia atau puak sekular yang dengki dan dendam kepada kejayaan admin mendedahkan kejahatan rejim Syiah Nusairi Basyar Al-Asad melalui halaman ini.
Sebagai contoh, sebuah halaman diberi nama RAKYAT MALAYSIA BERSAMA REVOLUSI SAUDI (diberikan nama hampir sama dengan halaman ini). Setelah diselidiki, admin mendapati halaman ini cuba mengelirukan pembaca dengan jarum-jarum halus bagi menjatuhkan pemerintah Saudi atas nama "REVOLUSI ISLAM" tetapi sebenarnya mahu menawan dua tanah haram, Mekah dan Madinah bagi menjadikan "kota SYIAH".
Perlu dijelaskan di sini, admin juga tidak bersetuju tindakan kerajaan Saudi khasnya pemerintahnya yang menjadi sekutu rapat Amerika tetapi perlu berhati-hati 'jarum halus' Syiah yang mahu menggulingkan pemerintah Saudi dan menubuhkan kerajaan Syiah bagi menawan Mekah dan Madinah.
Admin bersetuju RAKYAT MALAYSIA akan bersama-sama revolusi Saudi TETAPI dengan syarat, ia bukan revolusi didalangi SYIAH. Kita tidak mahu, pisang berbuah dua kali seperti yang berlaku di Iran. Revolusi yang didukungi awalnya oleh golongan Sunni tetapi akhirnya dirampas dengan mudah oleh Syiah dan sewenang-wenangnya Khomeini mendapat nama sebagai PENGASAS REVOLUSI dan mengisytiharkan SYIAH sebagai mazhab rasmi di Iran. Golongan Sunni di Iran yang sama-sama berjuang menumbangkan rejim Syah Iran diketepikan bahkan mereka dilayan sebagai 'anak tiri' oleh pemerintah Syiah Iran hari ini.
Kita tidak mahu REVOLUSI yang berlaku meruntuhkan sebuah jahiliyah, tapi malangnya tertegak selepas itu jahiliyah baru menggantikan jahiliyah lama. Maka tiada erti revolusi seperti yang berlaku di IRAN. Khomeini menjatuhkan rejim sekular Shah Iran pada tahun 1979, malangnya menaikkan rejim baru, Syiah yang menggunakan Islam sebagai alat untuk kepentingan mereka kononnya dengan nama baru IRAN iaitu Republik Islam.
Hati-hati antara 'jarum halus' Syiah dan golongan sekular Sunni.

No comments:
Post a Comment