Saturday, July 7, 2012
Pilihanraya Memilih Anggota Kongres Kebangsaan; Cabaran Pertama Menegakkan Libya Baru
Rakyat Libya akan keluar mengundi Sabtu ini 7 Julai bagi memilih anggota dewan perhimpunan, badan pertama yang dipilih sejak penyingkiran diktator Muammar Gaddafi untuk melaksanakan bagi tugasan sukar membawa negara itu melalui proses peralihan yang kritikal.
Proses undi akan memilih Kongres Kebangsaan Am, yang dianggotai 200 orang yang kemudiannya akan melantik pemerintah sementara dan panel bagi merangka perlembagaan baru negara itu.
Sebaik kongres itu memulakan sesi persidangan nanti, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang memerintah Libya selepas penyingkiran Gaddafi tahun lalu perlu meletak jawatan.
[Gambar kiri atas - Calon wanita parti Islam, Parti Keadilan dan Pembangunan Majdah al-Fallah (kanan) sedang berkempen dalam pilihanraya yang akan diadakan pada Sabtu 7 Julai]
Menurut Alexander Graf Lambsdorff, ketua misi pemerhati Kesatuan Eropah, pilihanraya umum itu telah ditunda dari 19 Jun lalu, atas sebab-sebab teknikal.
Oleh itu, katanya, rakyat Libya akan berpeluang mencipta sejarah setelah berdekad dibawah pemerintahan ‘kuku besi’.
"Pilihan raya ini adalah peluang pertama untuk Libya untuk memilih wakil rakyat dalam pilihan raya kebangsaan selepas berdekad-dekad,
"Ia menandakan satu langkah bersejarah bagi negara dan rakyatnya. Memandangkan peranan penting Ketua Kongres Nasional telah melantik badan untuk merangka perlembagaan ... pilihan raya adalah amat penting."ujarnya kepada Agensi AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment