Harakahdaily,
06 Jul 2012
GEORGE TOWN: “Kesombongan Presiden MCA Chua Soi Lek terhadap keberanian dan politik bermoralnya mengingatkan saya tentang kisah kanak-kanak mengenai musang yang kehilangan ekornya dan mahu musang-musang lain untuk memotong ekor sama seperti dia,” kata Lim Guan Eng.
Walau bagaimanapun, katanya rancangan musang tersebut untuk tidak menjadikannya keseorangan tanpa ekor gagal apabila semua musang lain enggan mengikut cadangannya.
“Sama seperti Chua Soi Lek dan kempen memburuk-burukkan oleh MCA dengan pembohongan dan cubaan membunuh karektor peribadi terhadap saya dan isteri yang mana ia merupakan satu cubaan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin PR berhubung salah laku seksual, walaupun Chua dan pemimpin-pemimpin MCA tidak dapat memberikan bukti,” katanya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, tiada siapa yang mahu ekornya dipotong dan menjadi seperti Chua Soi Lek, musang tanpa ekor.
Menurutnya, rata-rata rakyat Malaysia kini tahu siapa dalang di sebalik pembohongan terhadapnya.
Lim berkata, walau bagaimanapun itu bukanlah untuk menyedapkan hati keluarga dan anak-anaknya, beliau dan isteri sangat marah kerana mereka terpaksa berdepan dengan trauma ekoran pembohongan tersebut.
“Seperti saya mahu melindungi anak-anak saya daripada pembohongan, Chua atau Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo tidak harus berselindungi di sebalik keistimewaan Parlimen tetapi nyatakannya di hadapan khalayak ramai supaya kita dapat menyelesaikan perkara ini di mahkamah,” ujarnya.
Katanya, kegagalan MCA untuk berbuat demikian hanya membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin MCA adalah tidak bermoral dan “kurang ajar” atau biadap kerana sanggup menyebarkan pembohongan jahat yang boleh memusnahkan keluarga hanya untuk kepentingan politik mereka.
Lim menambah, pemimpin- pemimpin MCA sama ada Chua atau Gan boleh menyamannya kerana memanggil mereka “kurang ajar” tetapi beliau sangsi mereka berani kerana mereka tidak berani mengulangi pembohongan terhadapnya dan isteri.
“Chua Soi Lek boleh membuktikan keberanian dan politik bermoralnya dengan mengulangi pembohongan MCA bahawa saya mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan dan isteri saya telah menyerang wanita tersebut semasa debat pada 8 Julai 2012 (Ahad) ini,” ujarnya.
Lim menjelaskan beliau tidak akan menjawabnya tetapi akan menyamannya di mahkamah atas tuduhan fitnah untuk membuktikan setelah dan semua itu bahawa Lim Guan Eng bukan seperti Chua Soi Lek.
Menurutnya beliau tidak pernah menyalahgunakan keistimewaan Parlimen untuk menyerang Chua secara peribadi di Parlimen atas salah laku skandal moralnya.
Beliau juga tidak pernah menggunakan perdebatan awam yang pertama dalam bahasa Mandarin dahulu untuk merujuk kepada pita video seks.
“Saya tidak berhasrat untuk berbuat demikian pada hari Ahad ini dan saya tidak akan bertindak balas jika Chua mengulangi pembohongan beliau terhadap saya di hadapan semua rakyat Malaysia tetapi akan memfailkan tindakan undang-undang di mahkamah.
“Chua harus menjelaskan dan menunjukkan bukti yang isteri saya telah menyerang bekas kakitangan saya atau pun saya seperti dia, musang tanpa ekor,” katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.
No comments:
Post a Comment