Saturday, July 7, 2012

Panas!! Umno-BN pertahan sekolah bawah "kolong" SK Seri Perak Sentul, bangga dengan papan tanda kantoi


Umno-BN makin terbukti hanya pandai buat janji tetapi tak bijak tunai janji. Walaupun mereka turun padang atas nama "Janji Ditepati" tetapi hakikatnya Umno-BN tetap mungkir janji dan membelakangkan orang-orang Melayu yang hauskan pendidikan sisitematik.

Kerajaan Umno-BN yang menguasai Kementerian Pelajaran dituntut agar membina segera Sekolah Kebangsaan Seri Perak di Bandar Baru Sentul, di Bandar Baru Sentul, bagi menggantikan sekolah bawah "kolong" Flat DBKL 17 tingkat, seperti yang telah dijanjikan sejak lebih 25 tahun lalu.

Sekiranya projek ini tidak mahu dilaksanakan oleh kementerian terbabit, pihak Kerajaan Umno-BN dituntut agar menghentikan segera penipuannya dengan pemasangan papan tanda projek tanpa tarikh yang tidak memberikan sebarang erti kepada rakyat. Setakat naikkan papan tanda, kemudian membiarkan rakyat menunggu dan menunggu, lebih baik jangan jadi kerajaan. Jadilah pembangkang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin menyifatkan penipuan pihak Kerajaan Umno-BN terhadap rakyat amat jelas apabila pada papan tanda tidak mencatatkan maklumat penting berkenaan projek, melainkan untuk menagih undi dalam PRU13 nanti.

Pada papan tanda itu juga tidak dicatatkan nombor rujukan permit, nombor kelulusan permit iklan, meskipun dicatatkan fakta-fakta lain termasuk nama kontraktornya. Inilah penipuan terkini sebagai satu lagi projek Umno-BN.

Papan tanda begini telah beberapa kali dipasang dan diturunkan, manakala pemasangan terkininya berlaku sejak lebih setahun lalu, susulan kunjungan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yaasin ke kawasan itu beberapa tahun lalu. Muhyiddin macam biasa... berjanji akan membina sekolah berkenaan. Maka tidak laa kemudian, ia seolah-olah akan mnejadi kenyataan apabila bangunan kantin sekolah diruntuhkan dan pagar zink dibina di tapak pembinaan. Tetapi habukpun tarak. Sehingga kini, pemandangan yang terpampang hanyalah sebuah projek terbengkalai.

Sepatutnya tiada sekolah di bawah "kolong" lagi di negara ini setelah Umno-BN yang memperjuangkan nasib orang Melayu sejak 54 tahun lalu prihtain dengan masalah rakyat. Tetapi nampaknya, Umno hanya bijak berjanji gagal menyelami kehendak rakyat. Bercakap soal pendidikan tinggi, sekolah pintar, sekolah bestari tetapi dibawah Umno-BN masih ada sekolah bawah "kolong" dengan persekitaran tak kondusif disediakan untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment