Saturday, July 7, 2012
UMNO PENDERHAKA SEBENAR - DERHAKA DATO ONN
Melayu derhaka hanya muncul setelah lahirnya UMNO di bumi beradat ini. Dibawah pimpinan UMNO,Melayu menjadi kurang ajar dan celupar terhadap Raja sehingga Raja hilang wibawa dimata rakyat. Sejarah membuktikan UMNO berulangkali mengajar rakyat mentertawakan Raja. Namun dicelah-celah pengkhianatan itu ,UMNO licik dengan lakonanya sebagai pahlawan yang membentengi kedaulatan Raja.
Derhaka Melayu moden abad ke 20 bermula dengan kritikan terbuka Dato Onn Jaafar terhadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim) pada tahun 1920an. Dato Onn marah apabila Sultan melelong harta bapanya (Dato Jaafar) kerana kegagalan melunaskan hutang negeri Johor ketika memegang jawatan Menteri Besar negeri itu. Kemurkaan Sultan Ibrahim membawa kepada tindakan memecat Dato Onn daripada jawatan dan dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1927. Pada tahun yang sama ,abang Dato Onn iaitu Dato Abdullah Jaafar telah dipecat daripada jawatan Menteri Besar dan dilucutkan semua gelaran diikuti dengan hukuman buang negeri bersama Che Dara Jaafar iaitu kakak kepada Dato Onn. Derhaka itu diteruskan oleh Dato Onn dengan cara mengkritik dan menghina Sultan Johor sepanjang menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura sekitar tahun 1930an.
Dato Onn kembali ke Johor pada tahun 1936 dan berjaya mendapat semula kedudukan dalam pentadbiran negeri Johor sehingga dilantik memangku tugas Menteri Besar pada Oktober1946. Ketika itu Dato Onn adalah Presiden Umno yang pertama.
Pada tahun 1947, dato Onn atas kapasiti Presiden Umno telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang diisi oleh seorang Melayu bukan dari istana. Cadangan itu mengakibatkan kemurkaan sekelian Raja-Raja Melayu kerana nyata ia bermaksud meletakkan seorang Melayu bukan Raja dikedudukan lebih tinggi daripada Raja-Raja. Sekelian Raja-Raja terutamanya Sultan Badlishah (Sultan Kedah) mengisytiharkan Dato Onnsebagai penderhaka.
Isu itu membawa kepada pertembungan terbuka diantara Umno yang dipimpin oleh Dato Onn dengan raja-Raja Melayu yang diketuai oleh Sultan Kedah. Kemuncak perbalahan itu ialah serangan Umno terhadap Sultan Kedah dengan cara menghina baginda semau-maunya pada tahun 1948. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-Raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang mengatasi ketinggian Raja-Raja itu.
Selepas itu, Umno meneruskan derhaka yang lebih melampau dalam perlbagai isu. Dato Onn berulangkali menuduh Raja-Raja mungkir janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Mesyuarat agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949 telah melemparkan tuduhan bahawa Raja-Raja lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan rakyat Melayu biasa. Umno juga menuduh Raja-Raja telah berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno melalui penguatkuasaan larangan berpolitik terhadap pegawai kerajaan bangsa Melayu.
Umno menderhaka pada tahap paling melampau apabila menuduh Sultan Kedah sebagai “kacang lupakan kulit” dan mengugut untuk menggerakkan rakyat menamatkan sistem pemerintahan beraja. Sultan Kedah kemudiannya bercadang mengharamkan Umno dinegerinya manakala Sultan Johor memaksa Dato Onn meletak jawatan Menteri besar pada 17 Jun 1949.
Umno menderhaka kepada raja seawal umurnya masih bayi dizaman Presiden yang pertama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment