Masalah politik, kelengkapan punca Australia masuk campur
Jakarta: Indonesia gagal membantu beberapa bot yang mengalami masalah berhampiran pantainya bulan lalu, dengan pemerhati berkata ia sama ada tidak mampu atau tidak berminat menyelamatkan pemohon suaka yang terkandas di laut.
Australia berulang kali terpaksa mengetuai misi menyelamat di Pulau Jawa, dan Rabu lalu menghantar kapal penyelamat selepas menerima panggilan kecemasan daripada kapal usang yang tersangkut di laut bergelora.
Tentera laut Australia menyelamatkan lebih 160 orang di dalam bot itu, yang berdepan masalah cuma 63 batu nautika di luar perairan Jawa, di kawasan perairan sama menyaksikan anggaran 90 orang lemas pada 21 Jun lalu.
Australia memberi makluman kepada Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) mengenai dua bot pencari suaka terdahulu sebelum ia karam.
Namun BASARNAS gagal tiba, memaksa penyelamat Australia campur tangan dan menyelamatkan baki 110 penumpang bot berkenaan. Empat maut apabila sebuah lagi kapal karam seminggu kemudian.
BASARNAS mengaku ia tidak mempunyai kelengkapan untuk mengharungi Lautan Hindi merentangi Indonesia dan Pulau Krismas, yang lebih dekat dengan Jawa berbanding tanah besar Australia.
“Kami masih kekurangan peralatan dan kemahiran untuk menjalankan operasi itu dengan baik. Australia membantu kami sejak kebelakangan ini tetapi kami tahu kami perlu memperbaiki tindak balas,” kata ketua BASARNAS, Daryatmo.
Katanya, BASARNAS cuma mempunyai dua bot di Jawa lengkap untuk mengharungi laut bergelora, yang Rabu lalu turut melambatkan usaha menyelamatkan Australia. - Agensi

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment