Sunday, August 5, 2012

Pembunuhan rakyat Palestin di Mukhayyam Al-Yarmouk

Pembunuhan rakyat Palestin di Mukhayyam Al-Yarmouk yang menempatkan pelarian Palestin yang pernah kami siarkan sebelum ini menyebabkan lebih 8 orang Palestin gugur syahid akibat ledakan peluru mortar hawn di jalan Al-Jaunah pada petang Khamis yang lalu.

Sumber-sumber menyebut bahawa pengeboman ini adalah hasil daripada tembakan-tembakan dan serangan peluru mortar hawn yang dilepaskan oleh tentera regim Basyar terhadap rakyat Palestin yang tinggal di situ.

Rakyat Palestin yang syahid tersebut ialah, Ala' Ghoneim berusia 30 an, Muhammad Anabtawi, 40, Yahya Ilyan, Fathi Ilyan, Muhammad Mashins, Muabdallah Al-Saleh, dan kanak-kanak, Anas Taluzi serta Ibrahim Ali Taluzi.

Para penunjuk perasaan dari kalangan rakyat Palestin keluar dari masjid Palestin di Mukhayyam Al-Yarmouk, lantas mengecam penyembelihan yang berlaku sebelum waktu berbuka puasa, dan tunjuk perasaan ini bersambungan sehingga ke jalan Safd menuju ke Lubiya.

Nampaknya syiah regim Basyar bukan sahaja membunuh rakyat Syria malah rakyat Palestin yang tidak bersalah. 

Sesiapa yang mengatakan bahawa kerajaan regim Syria membantu rakyat Palestin, sebenarnya mereka tertipu.

No comments:

Post a Comment