Sunday, August 5, 2012

KELEBIHAN ANAK PEREMPUAN


Ramli Joned 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “SESIAPA YANG MEMILIKI TIGA ANAK PEREMPUAN, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka... Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?... Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.... Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang, wahai Rasulullah?” .. Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)...

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “SESIAPA YANG DIBERATI menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara ANAK-ANAK PEREMPUAN, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”.. (HR Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)....

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa... Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan, lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka.... Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”...

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka, dan juga isteri mereka, agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t...

Orang tua-tua ada berkata, menjaga haiwan sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan... Kemungkinan ini ada benarnya, apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara haiwan ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja...
Sedangkan PENDIDIKAN AGAMA tidak diberi penekanan yang sepatutnya....
Contohnya dalam perkara AURAT dan PERGAULAN BEBAS, hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama....

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.... Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar, DI AKHIRAT NANTI.

No comments:

Post a Comment