MANILA: Kumpulan pemisah Islam terbesar di Filipina semalam berkata, mereka menolak permintaan Al-Qaeda untuk menyerang sasaran Amerika Syarikat dalam negara ini kerana filem anti-Islam yang menyebabkan bantahan di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Politik Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Ghazali Jaafar berkata, kumpulan itu mengarahkan 12,000 anggotanya untuk mematuhi gencatan senjata dengan kerajaan dan tidak akan menyerang sasaran AS di negara ini.
“Kita tidak lagi hidup dalam zaman kegelapan dan kita ada peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi,” katanya.
Katanya lagi, “Kami sudah ada perjanjian gencatan senjata dengan Filipina dan kami tidak akan melanggar perjanjian itu.”
Beliau menganggap pembunuhan duta AS ke Libya, Chris Stevens dan tiga lagi pegawai di konsulat AS di Bhenghazi sebagai “keganasan tidak masuk akal.”
“Walaupun dalam peperangan, terdapat beberapa peraturan yang perlu diterima, termasuk melindungi diplomat dan kedutaan,” katanya.
Namun begitu, dia turut mengecam filem amatur yang diterbitkan di Amerika Syarikat yang menyebabkan keganasan berlaku.
Ghazali berkata, MILF akan memantau kumpulan Islam yang lain dan menambah, “Kami akan memberitahu perunding kerajaan sekiranya ada rancangan keganasan yang dirancang.” - Manila Times

No comments:
Post a Comment