NEW YORK - Monica Lewinsky yang pernah menggegarkan Amerika Syarikat (AS) ekoran hubungan dengan bekas Presiden Bill Clinton, mahu menerbitkan memoir yang dijangka ‘memberi nafas baru’ ke atas skandalmereka.
Bekas pelatih White House itu turut dikatakan bakal menulis buku yang dianggarkan bernilai AS$12 juta (RM36.5 juta) yang menceritakan kisah benar mengenai skandal yang tercetus pada 1998 itu hampir meranapkan karier Clinton di akhir-akhir mandat sebagai presiden.
Lewinsky, yang akan genap 40 tahun tahun depan, sebelum ini pernah bekerjasama dengan penulis British, Andrew Morton menerbitkan sebuah buku biografi berjudul ‘Monica’s Story’ yang diterbitkan pada 1999.
Laporan media The Telegraph sebelum ini menyebut kandungan dalam buku yang bakal diterbitkan itu akan memuatkan semua cerita sensasi mengenai Clinton dan surat cinta Lewinsky kepada bekas presiden itu.
Sementara itu, khabar angin mengenai penerbitan buku itu mulai tersebar sejak minggu lalu tetapi wakil Lewinsky enggan memberikan sebarang komen mengenai kesahihan berita itu.
Pada 2005, Lewinsky berpindah ke London dan memperolehi Masternya dari London School of Economics.
Selepas Clinton menerbitkan buku autobiografinya sendirinya yang berjudul ‘My Life’ pada 2004, Lewinsky menyifatkan tindakan Clinton sebagai tidak jujur serta menipu dalam menceritakan mengenai hubungan intim mereka sebelum ini.
“Dia boleh menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungan kami tetapi dia tidak berbuat demikian.
“Saya bukan berharap dia menceritakan kesemua perkara mengenai hubungan kami tetapi jika dia menceritakan mengenainya secara jujur dan tidak menipu, sudah tentu saya tidak kisah dengan penerbitan buku terbabit.
“Saya tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah mencemarkan imej dan karakter saya di mata umum,” katanya.

No comments:
Post a Comment