ADEN 19 Okt. - Sebanyak sembilan orang anggota militan al-Qaeda maut termasuk anggota kanan kumpulan itu dalam satu serangan oleh pesawat tanpa juruterbang (drone) dipercayai milik Amerika Syarikat (AS), di Yemen, semalam.
Menurut sumber keselamatan tempatan, tiga serangan peluru berpandu itu mengenai rumah ladang di pinggir pekan Jaar yang dikuasai semula tentera kerajaan Jun lalu.
Penduduk tempatan menemukan enam mayat yang telah rentung dan tiga lagi dalam keadaan bertaburan termasuk mayat Nader al-Shaddadi, anggota kanan militan dari wilayah Abyan yang mengetuai serangan di Jaar tahun lalu. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121019/lu_08/9-militan-al-Qaeda-maut-serangan-drone-AS#ixzz29l8yPN00
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment