Friday, October 19, 2012

Nur Misuari dipinggir MNLF



MAGUINDANAO 18 Okt. - Pemimpin Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), Nur Misuari (gambar) dipinggirkan para pengikutnya selepas beliau memberi amaran perang besar bakal tercetus berhubung rangka kerja perjanjian antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina, yang ditandatangan baru-baru ini.
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pentadbiran Kawalan Nasional Ke-12 (Nascom 12), merupakan pecahan MNLF, menyatakan sokongan penuh terhadap perjanjian tersebut.
Sebaliknya, Misuari sebelum ini mendakwa perjanjian itu sebagai tidak sah dan bakal mengundang perang.
Komander Briged unit Nascom 12, Abdulmanan Manalasal berkata, harapan kumpulannya kepada kerajaan agar tidak melupakan perjanjian dengan MNLF yang ditandatangan pada 1996, di bawah pentadbiran Presiden Fidel Ramos.
Manalasal, 46, mengingatkan kerajaan bahawa terdapat peruntukan dalam rangka kerja perdamaian 1996 yang masih belum dilaksanakan sehingga kini.
Peruntukan itu termasuk perkongsian hasil bersama dan mewujudkan pasukan keselamatan bagi Wilayah Autonomi Islam Mindanao.
Beliau berkata, seperti kebanyakan anggota MNLF yang menyokong perjanjian keamanan dengan MILF, termasuk kumpulan pecahan yang diketuai Muslimin Sema, beliau dan anggota kumpulannya mengharapkan keamanan berterusan di Mindanao. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121019/lu_03/Nur-Misuari-dipinggir-MNLF#ixzz29l8HORh3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment