BANGKOK: Anggota penting kumpulan pemisah Islam RKK yang dikehendaki atas sekurang-kurangnya 10 waran, mati dalam satu kejadian tembak menembak denga polis di daerah Si Sakhon, Narathiwat, semalam.
Kejadian itu berlaku pada jam 5.30 petang selepas 50 anggota tentera dan polis mengepung rumah di Ban Jueko di tambon Si Banphot di mana tiga atau empat anggota militan dilaporkan bersembunyi dan merancang serangan di daerah Si Sakhon.
Apabila pihak berkuasa tiba, tiga lelaki melarikan diri dari rumah itu melalui pintu belakang dan seorang melepaskan tembakan untuk melindungi rakannya. Kedua-dua pihak berbalas temak selama 10 minit.
Selepas berjaya mengawal keadaan, pasukan keselamatan menemui lelaki mati dengan pistol .38 ditangan di ladang getah di belakang rumah. Yang lain berjaya melarikan diri. - Bangkok Post
No comments:
Post a Comment