17 Oktober 2012
ISLAMABAD - Taliban menegaskan bahawa pelajar perempuan Pakistan yang ditembak di kepala Taliban minggu lalu ‘wajar’ mati kerana menentang kumpulan itu dan memuji Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.
Malala Yousufzai, 14, telah diterbangkan ke United Kingdom (UK) kelmarin untuk rawatan susulan.
Serangan ke atas Malala, seorang aktivis pendidikan remaja, pada 9 Oktober lalu, telah mendapat kutukan meluas.
Minggu lalu, pakar bedah Pakistan telah berjaya mengeluarkan peluru yang berada berhampiran saraf tunjang remaja itu dalam pembedahan yang mengambil masa tiga jam selepas serangan ke atas Mala minggu lalu, tetapi dia kini memerlukan penjagaan susulan dari pakar intensif.
Pihak berkuasa berkata, beberapa tangkapan berkaitan dengan kes itu telah berjaya dilakukan tetapi maklumat lanjut mengenai tangkapan tidak didedahkan.
Dalam kenyataan terbaru, Taliban dipetik Reuters menyifatkan Malala sebagai “pengintip Barat.”
“Pengintipan ini, orang kafir telah memberinya anugerah dan ganjaran. Islam telah memerintahkan untuk membunuh orang-orang yang mengintip untuk musuh.
‘Dia digunakan untuk menyebarkan propaganda terhadap Mujahidin (pahlawan suci) dan memfitnah Taliban. Al-Quran mengatakan bahawa orang-orang yang menyebarkan fitnah terhadap Islam, tentera Islam boleh membunuhnya.
“Kami menyerang dia kerana dia bercakap menentang Taliban sambil duduk dengan orang asing tanpa rasa malu dan menjadikan musuh terbesar Islam, Obama sebagai idola," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Dalam perkembangan berkaitan, menurut bapa Malala, anak gadisnya itu seorang murid yang ceria dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor sebelum bersetuju dengan kehendak ayahnya untuk menjadi seorang ahli politik.
Bagaimanapun, gadis itu telah menjadi simbol kuat menentang usaha Taliban yang mengharamkan pendidikan untuk wanita.
Sejak minggu lalu, beberapa protes diadakan dengan memasang lilin.
Beberapa pegawai kerajaan turut memprotes secara tertutup bagi mengkritik tindakan Taliban menyerang pelajar itu.

No comments:
Post a Comment