DAMSYIK - Syria menuduh Turki berbohong berhubung tindakannya memintas dan memaksa pesawat komersialnya mendarat di Ankara atas alasan membawa peralatan ketenteraan Rusia secara haram.
Sehubungan itu, Menteri Luar Syria mencabar Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang membuat dakwaan itu agar menunjukkan kepada umum peralatan ketenteraan dimaksudkan.
Recep Tayyip berkata kapal terbang itu dipaksa mendarat di Ankara kerana mengesyaki Rusia telah melanggar undang-undang sekatan senjata antarabangsa, yang dikenakan ke atas Syria.
Rusia juga telah menafikan bahawa kapal terbang itu membawa kargo haram dan mendakwa pemintasan itu telah membahayakan nyawa penumpang termasuk 17 warga Rusia.
Turki menahan pesawat itu lewat malam kelmarin. Ia dalam perjalanan dari Rusia ke Syria menggunakan ruang udara Syria.
Ia kini ditahan di Lapangan Terbang Esenboga.
Sebelum ini Turki mendakwa pihaknya ada menerima maklumat bahawa pesawat tersebut membawa kargo haram.
Syria berhadapan dengan konflik yang masuk bulan ke-20.
Damsyik dan Ankara berhadapan dengan ketegangan hubungan di sebalik konflik di Syria.
Damsyik berkata bahawa pemintasan pesawat Syria tersebut adalah suatu perbuatan lanun, menambahkan lagi ketegangan antara Turki dan Syria kerana sebelum ini ketua kakitangan Turki memberi amaran bahawa tentera Turki akan bertindak balas dengan lebih hebat jika Syria terus membedil wilayah Turki.
Rusia, yang menyokong kerajaan Assad dalam pemberontakan selama 18-bulan yang telah membunuh kira-kira 30,000 orang, marah dan menuntut penjelasan dari Turki.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment