Tuesday, November 13, 2012

Datuk Bandar Perancis lancar mogok lapar


Stephane Gatignon
Stephane Gatignon
PARIS - Datuk Bandar di sebuah bandar termiskin di Perancis melancarkan mogok lapar di Parlimen bagi meraih perhatian kerajaan ekoran terhimpit dengan masalah kewangan dalam pentadbirannya.

Tindakan Stephane Gatignon itu mendapat sokongan Ahli Parlimen lain apabila beliau menyuarakan hasrat memerlukan peruntukan 5 juta euro (RM19.juta) bagi membayar bil
perbandaran tertunggak.

“Ia adalah kewajipan saya sebagai datuk bandar,” katanya menerusi laman Twitter ketika memulakan mogok.

Beliau berkata, tindakan mogok itu akan dilakukan hingga Selasa sehingga dewan perhimpunan nasional menyalurkan bajet untuk pembiayaan perbandaran.

“Tanpa wang kami tidak boleh membayar gaji atau membantu masyarakat terutama penganggur,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Marylise Lebranchu berkata, kerajaan telah menyediakan bajet untuk bandar itu, namun tiada peruntukan tambahan seperti diminta oleh datuk bandar itu.

“Presiden Francois Hollande berjanji untuk melakukan penjimatan 20 bilion euro (RM77.8 bilion) melalui pendapatan cukai dan pemotongan sehingga 10 bilion euro (RM39 bilion) dalam  perbelanjaan kerajaan bagi tahun depan.

Perancis kini sedang bergelut dengan krisis kewangan sejak tiga tahun lalu di mana negara zon Eropah sedang berusaha mengurangkan defisit sektor awam dari 4.5 kepada tiga peratus daripada keluaran kasar dalam negara tahun depan. - Reuters

No comments:

Post a Comment