GUA MUSANG - Hidup bagai pelarian. Sebuah keluarga di sini, terpaksa tinggal di rumah usang berdinding buluh dan berlantai tanah di Kampung Tanah Puteh, sejak lebih tujuh tahun lalu.
Rosmini Maliki, 26, berkata, dia sudah beberapa kali memohon mendapatkan rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), namun kecewa apabila belum menerima berita gembira.
Menurutnya, kerana tidak mahu bersesak dengan 10 beradik lain menumpang di rumah bapanya, Maliki Senik, 50, seorang penerima bantuan PPRT, dia dan suami serta empat anak memilih tinggal di halaman.
“Saya mendapat keizinan daripada bapa untuk membina rumah sementara di halaman depan rumahnya kerana tidak mempunyai tanah lain untuk berbuat demikian.
“Walaupun rumah dibina sementara itu berdinding buluh dan berlantaikan tanah, tetapi sudah lebih tujuh tahun kami sekeluarga tinggal di situ,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga bergantung pada pendapatan suami, Mohd Hassan Mat Zain, 38, yang kerja kampung sahaja, jadi sangat berharap menerima rumah PPRT berkenaan.
"Penduduk miskin lain yang baru memohon sudah dapat menduduki rumah berkenaan. Saya kecewa dengan nasib menimpa keluarga," katanya.
Menurutnya, sebelum ini dia sekeluarga menumpang di rumah ibu bapa, namun terpaksa mengalah untuk berpindah.
“Perpindahan saya sekeluarga pun tidak jauh, hanya berjiran dengan ibu bapa berikutan tidak mampu membina rumah yang lebih selesa, selain tidak mempunyai tapak kekal,” katanya.

Dia merayu kepada pihak berkenaan supaya prihatin dengan nasib keluarganya yang serba kekurangan.
No comments:
Post a Comment