Tuesday, November 13, 2012

Ulama Syria ketuai pembangkang

Sheikh Moaz al-Khatib kini mengetuai pembangkang Syria. – Foto ihsan Reuters
Sheikh Moaz al-Khatib kini mengetuai pembangkang Syria. – Foto ihsan Reuters
DOHA - Seorang ulama terkemuka, yang Julai lalu meninggalkan Syria, dipilih untuk mengetuai gabungan baru pembangkang yang menentang kerajaan Presiden Bashar al-Assaddan mahu mengakhiri krisis berusia lebih 20 bulan.
Sheikh Moaz al-Khatib, 52,yang merupakan bekas imam masjid Umayyah di Damsyik, dilihat sebagai seorang individu yang berpendirian sederhana.
Pembangkang Syria telah bersetuju untuk mengadakan perjanjian bagi membawa bersama-sama puak masing-masing bersatu dalam gabungan terbaru.
Sebelum ini, pihak pembangkang berang apabila berada di bawah tekanan dari Amerika Syarikat (AS) dan penyokong lain di rantau ini untuk membuat perjanjian itu.

Sheikh Moaz meninggalkan Syria Julai lalu selepas berada dalam tahanan pihak berkuasa Syria.
Beliau berhijrah ke Kaherah.
Sheikh Moaz  sebelum ini telah menandatangani draf perjanjian di antara pakatan pembangkang dengan Majlis Kebangsaan Syria yang diketuai oleh George Sabra.
Bulan lalu, beliau sekali lagi dipanggil untuk menyelesaikan konflik politik dan menyelamatkan Syria dari kemusnahan.

"Saya mahu rakyat Syria untuk kekal sebagai salah satu tangan,"kata beliau kepada Reuters sebelum ini.
Lebih 36,000 orang telah terbunuh dalam kebangkitan menentang kerajaan pimpinan Bashar.

No comments:

Post a Comment