Tuesday, November 13, 2012

Pembangkang Syria setuju tubuh badan baru


Pembangkang Syria setuju tubuh badan baru
Rakyat Syria berharap gabungan pembangkang dapat meredakan konflik berdarah.
DOHA - Kumpulan pembangkang Syria bersedia meneruskan perbincangan bagi membentuk sebuah pertubuhan baru untuk menentang Presiden Bashar al-Assad.

Perwakilan berkata, perkara utama itu telah dipersetujui dan mencapai kata sepakat secara bersama.

Pembangkang mula berada di bawah tekanan dari Amerika Syarikat (AS) dan penyokong lain di rantau ini untuk merangkul perjanjian.

Bagaimanapun, Majlis Kebangsaan Syria yang berpangkalan di luar negara menjelaskan, ia boleh diketepikan oleh badan pembangkang yang baru.

Antara cadangan gabungan, tentatif yang dikenali sebagai Gabungan Kebangsaan Syria, bertujuan untuk menggabungkan kumpulan ketenteraan dan badan politik berbeza membentuk alternatif yang boleh dipercayai oleh kerajaan pimpinan Bashar.

Rundingan di Doha, Qatar bermula awal pagi semalam, waktu tempatan.

“Kami bersetuju pada perkara utama pembentukan pakatan ini atau pasukan pembangkang dan revolusi,” kata ahli pembangkang, Suhair Attasi.

Aktivis menganggarkan lebih 36,000 orang terbunuh dalam kebangkitan menentang kerajaan Bashar.

Setakat ini, beribu-ribu rakyat Syria juga terpaksa melarikan diri ke negara berhampiran akibat rusuhan dan konflik semakin meruncing bermula tahun lalu. - Al-Jazeera

No comments:

Post a Comment