HOUSTON (AP) - Seorang jurucakap berkata bekas Presiden George W Bush kini berada dalam unit rawatan rapi (ICU) di hospital Texas.
Kata jurucakap Bush, Jim McGrath, bekas presiden itu dimasukkan ke ICU di Hospital Methodist, Houston sejak Ahad.
Tiada butiran lanjut dinyatakan. Namun, McGrath berkata, demam yang melanda Bush sejak Krismas semakin teruk dan doktor meletakkan beliau pada diet cecair saja.
Bush dimasukkan ke hospital pada 23 November lalu berikutan terdapat virus batuk bronkitis dan kesihatan beliau kini dilaporkan semakin stabil. - AP
No comments:
Post a Comment