Lagi penempatan haram Israel
Tindakan rejim meneruskan pelan penempatan Yahudi mencetuskan kemarahan dunia.
BAITULMAQDIS - Israel sekali lagi membuat pengumuman berat sebelah iaitu bakal membina 942 buah bangunan penempatan Yahudi di Timur Baitulmaqdis, melalui pelan melebarkan jajahan wilayah di bumi Palestin.

Menurut jurucakap Kementerian Hal Ehwal Israel, projek itu kini sedang menunggu senarai bidaan daripada kontraktor terpilih.

Sementara itu, jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdeneh berkata, pengumuman baru rejim itu menambah satu lagi garisan mereka yang menghalang peluang perdamaian kedua-dua pihak.

"Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan membalas maksud tersirat menerusi pengumuman kerajaan rejim itu," kata Rdeneh selepas membaca berita itu daripada akhbar tempatan, Wafa.

Setakat ini, sebanyak 5,000 penempatan Yahudi di Baitulmaqdis telah diluluskan sendiri Israel yang tiada pengiktirafan daripada kerajaan Palestin sejak 1967.  - Al-Jazeera