TEHERAN: Ketua angkatan tentera Pengawal Revolusi Iran mendakwa, tentera Iran menawan sekurang-kurangnya dua lagi dron Amerika Syarikat sebelum mendedahkan pesawat ScanEagle yang ditembak jatuh awal bulan ini.
Laporan oleh agensi berita rasmi IRNA semalam tidak mengatakan bila dua lagi dron itu ditawan.
Kenyataan itu memetik Laksamana Ali Fadavi sebagai berkata, dron yang disiarkan dalam televisyen kerajaan adalah ScanEagle ketiga yang ditawan, pesawat pengintip ringkas yang diperbuat anak syarikat Boeing.
Ali berkata, pesawat seperti ScanEagle yang dibuat Iran sudah mula beroperasi, tetapi tidak memberikan ulasan lanjut.
Awal bulan ini, tentera laut AS berkata, tiada dron miliknya daripada misi baru-baru ini dilaporkan hilang, tetapi sesetengahnya mungkin jatuh ke dalam laut pada masa lalu.
Sementara itu, tiada komen dilaporkan armada kelima AS di Bahrain. - AP
No comments:
Post a Comment