Tuesday, December 18, 2012

Nelayan Palestin ditembak tentera laut Israel





         
BANDAR RAYA GAZA: Tentera laut Israel menembak dan mencederakan seorang nelayan Palestin di perairan utara Semenanjung Gaza semalam, kata sumber kedua-dua belah pihak.

Ketua kesatuan nelayan Gaza, Nizar Aayesh berkata, lelaki itu cedera apabila tembakan tentera laut Yahudi mengenai botnya. Dia kemudian dikejarkan ke hospital di selatan bandar raya pelabuhan Ashkelon.


Mengikut syarat sekatan tentera laut Israel di Gaza, bot rakyat Palestin dibenarkan menangkap ikan di perairan hingga enam batu nautika dari pantai.

Zon perikanan dilanjutkan daripada tiga batu nautika selepas perjanjian gencatan senjata pada 21 November lalu mengakhiri konfrontasi lapan hari antara Israel dan pejuang Palestin. “Ia antara jarak terhad enam batu nautika, tetapi kapal Israel menyita bot itu dan semua muatan di dalamnya. Kami masih menunggu nelayan itu pulang dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya,” kata Nizar.


Tentera mengesahkan insiden itu, tetapi menegaskan bot berkenaan melepasi had menangkap ikan dibenarkan. Sementara itu, tentera Israel di utara Tebing Barat menahan empat rakyat Palestin di Beit Rima dekat Ramallah semalam kerana disyaki melakukan kesalahan menembak. - AFP

No comments:

Post a Comment